Al-Ahly ingin menang

Astro Awani
Februari 19, 2013 09:50 MYT
FILEPIC: Ramy Rabia (tengah) semasa 2012 Club World Cup
Kelab Arab Saudi, Al-Ahly tekad ingin memenangi saingan berprestij rantau Asia itu kali ini.
Bagi mencapai misi itu, Al-ahly mendapatkan beberapa pemain baru untuk memperkuatkan pasukan.
Tewas kepada Ulsan Hyundai di pentas final tahun lalu nyata mengecewakan kelab berpangkalan di Jeddah ini.
Musim ini, skuad kendalian Karel Jarolim diundi dalam kumpulan C bersama Foolad Mobarakeh Sepahan, Al-Gharafa dan Al-Nasr.
JAPAN, Yokohama : Egypt's Al-Ahly SC defender Ramy Rabia (C) and Mexico's Monterrey midfielder Neri Cardozo (L) fight for the ball during their 2012 Club World Cup football match to compete for third place at Yokohama on December 16...
Lantas Jarolim, 56, berharap rentak sama dapat diulangi kali ini, cuma Al-Ahly perlu lebih memantapkan pasukan untuk bergelar juara.
"We are watching our group, and I hope we can qualify to the next round. For sure we were close to the title last year, and I hope this year we reach the final and win (kami tengah tengok group kami dan saya harap boleh masuk pusingan seterusnya. Pastinya kami dekat dengan kemenangan tahun lepas, dan saya harap kita boleh sampai ke final dan menang),” kata Jarolim.
Jentera serangan sekali lagi akan diterajui pemain kelahiran Brazil Victor Simoes.
Pemain prolifik ini sudah menjaringkan 72 gol dalam 100 penampilan bersama Al-Ahly sejak menyertai pasukan itu tiga tahun lalu.
#AL-AHLY #Liga Juara-Juara Asia
;