Aktiviti mendaki gunung dibenarkan bermula 15 Jun - KBS
Bernama
Jun 10, 2020 08:11 MYT
Jun 10, 2020 08:11 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun ini, dengan pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Pendakian gunung dibenarkan bermula 15 Jun 2020," menurut jawapan ringkas KBS terhadap pertanyaan netizen di laman Facebook rasminya, KBSMalaysia, berhubung perkongsian SOP sukan yang dibenarkan dan dilarang oleh kerajaan.
Sebelum ini, ramai pendaki keliru sama ada aktiviti mendaki dibenarkan atau tidak di bawah kategori rekreasi dan riadah.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad, mengumumkan beberapa jenis sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai Rabu ini, dengan pematuhan rapi terhadap SOP ketat yang ditetapkan kerajaan.
-- BERNAMA
#daki gunung
#Facebook
#KBS
#kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#rekreasi
#SOP
#sukan