KUALA LUMPUR: Prestasi Harimau Malaya menentang Brunei dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 sepatutnya lebih baik biarpun membelasah lawan 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Ketua jurulatihnya, Kim Pan Gon menyedari ada kalanya pasukannya kehilangan rentak dalam perlawanan menentang Brunei, yang rankingya jauh lebih rendah daripada Malaysia dengan berada di tangga ke-154 dalam ranking FIFA.
"Permainan kami sepatutnya lebih baik, saya tidak mengira berapa banyak gol yang kami jaringkan namun secara keseluruhan kami boleh melakukan prestasi lebih baik.
"Mesti ada rentak sepanjang perlawanan, seperti yang anda lihat dalam bola sepak peringkat tinggi mereka tidak terlalu menghentikan rentak, saya tidak boleh katakan saya tidak gembira tetapi saya cuba memahami pemain kita (kehilangan rentak)," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Bagaimanapun, jurulatih dari Korea Selatan itu berkata beliau tidak berada di sini untuk mengadu tentang prestasi pemainnya kerana beliau percaya mereka telah memberikan yang terbaik menentang pasukan ke-191 terbaik dunia itu.
Pan Gon turut merasakan pemainnya mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu yang beliau mahu lihat di atas padang dan memuji usaha mereka untuk memberikan komitmen 100 peratus semasa sesi latihan.
Jurulatih berusia 53 tahun itu berkata Malaysia akan bermain lebih baik jika mereka bertemu pasukan yang lebih kuat dan percaya pasukan negara akan mempamer prestasi baik dalam perlawanan persahabatan akan datang, menentang bekas pasukan kendaliannya, Hong Kong pada 1 Jun.
Dalam pada itu, Pan Gon menggesa peminat dan media supaya terus memberikan sokongan padu dan bukan sekadar melancarkan 'serangan' ke atas pemain sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan dalam perlawanan.
"Anda mungkin marah atau kecewa namun kami cuba sedaya upaya untuk membanggakan anda dengan memberikan prestasi yang lebih baik dan bukannya bola sepak negatif. Jika mereka (pasukan) menangis, kami menangis, kami mesti menyokong penuh pemain," katanya lagi.
Sementara itu, beliau cukup gembira melihat sokongan daripada peminat Malaysia yang hadir di stadium untuk menonton perlawanan pertamanya sejak beliau mengambil alih tugas sebagai pengurus skuad kebangsaan baharu Februari lepas, terutama 'Ultras Malaya', sambil mereka terus melaung bagi menaikkan semangat pemain sepanjang perlawanan.
Selain tempang tanpa kehadiran beberapa bintang utama menentang Malaysia, pengendali Brunei, Rosanan Samak pula mengakui pemainnya kurang cergas memandangkan mereka berdepan kekangan mendapatkan minit permainan selepas liga bola sepak di negara itu masih lagi dihentikan susulan COVID-19.
Harimau Malaya akan meneruskan aksi persahabatan menentang Hong Kong 1 Jun ini sebelum berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) pada aksi Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022

Pan Gon merasakan pemainnya mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu yang beliau mahu lihat di atas padang. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.

Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.

Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.

Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.

Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.