Aksi Khabib lawan anak beruang cukup 'power' ...
Afiq Ariffin
Oktober 8, 2018 19:48 MYT
Oktober 8, 2018 19:48 MYT
HEBAT!
Siapa sangka Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov rupa-rupanya mempunyai bakat semula jadi dalam sukan tinju kerana sudah mula berkecimpung di dunia sukan itu sejak kecil lagi.
Hal ini dibuktikan melalui sebuah video yang tular di laman Facebook apabila beliau bertarung dengan anak beruang sebelum berlangsungnya perlawanan Lightweight itu pada Sabtu lalu.
Video yang berdurasi 4 minit 35 saat itu memaparkan Khabib bergusti dengan seekor anak beruang ketika beliau berusia 9 tahun di kampung halamannya di Dagestan.
Turut memberi respon mengenai video tersebut, Conor McGregor yang hanya mengejek dan memperlekeh lawannya selepas menonton video itu.
Semasa ditemubual dengan sebuah rancangan televisyen Amerika Syarikat Conan O'Brien, McGregor bercakap mengenai video pertarungan Khabib dengan beruang tersebut dan memberi amaran bahawa haiwan yang bakal Khabib jumpa pada hari Sabtu adalah sangat berbeza dengan beruang.
"Dia mungkin telah bertarung dengan beruang Dagestan, tetapi dia tidak pernah bertarung dengan gorila Irlandia, Conan. Dan itulah yang akan dia hadapi pada malam Sabtu," kata McGregor dalam temu bual tersebut.
McGregor juga turut memperlekeh Khabib dengan menyatakan bahawa Khabib seorang yang perlahan.
Keegoan McGregor itu memalukan dirinya sendiri apabila dikalahkan dalam pertandingan itu semalam.