Kritikan demi kritikan tidak langsung mematahkan semangat pemain tengah negara, Muhammad Akram Mahinan menjelang aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, Khamis ini.
Meskipun kata-kata negatif tersebut datang dari penyokong tanah air sendiri, tonggak PKNS FC berusia 26 tahun itu tetap bermotivasi tinggi dan komited, untuk membantu pasukan meraih tiga mata di Stadium Gelora Bung Karno, jika diturunkan.
Menurut Muhammad Akram, beliau hanya akan cuba memenuhi tuntutan taktikal permainan, oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe dan tidak mengambil kisah mengenai kritikan, setiap kali turun beraksi menyarung jersi skuad kebangsaan.
"Gangguan (kritikan) dari luar itu semua saya sudah biasa hadapi...saya cuma kena fokus permainan saya dan perlu berusaha untuk sumbang sesuatu buat pasukan. Saya sentiasa bersedia dan bila-bila masa jika terpilih, saya akan bagi sehabis baik.
"Paling penting saya cuma fikirkan tiga mata untuk bawa balik ke Malaysia," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Lapangan Sepak Bola A, Gelora Bung Karno di sini, pada Selasa.
Jika diturunkan pada perlawanan Khamis ini, bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal menikmati pertembungan penuh tradisi dan bersejarah, antara Malaysia dan Indonesia.
Katanya, tekanan itu sentiasa wujud, namun beliau dan rakan sepasukan mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
"Kami sudah sedia dari segi fizikal dan mental untuk berdepan Indonesia. Gementar itu memang ada saya tak nafikan.
"Tetapi kami cuba alihkan perasaan gementar itu kepada keterujaan, sebab kami mahu raih keputusan positif di sini," tambah beliau.
Skuad negara tumpas 0-3 dalam aksi persahabatan dan pertemuan terakhir Harimau Malaya menentang skuad Garuda di Stadium Manahan Solo, Indonesia pada September 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
![Akram ketepi kritikan, fokus aksi berdepan Indonesia Akram ketepi kritikan, fokus aksi berdepan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51567528218_AkramMahinan.jpg)
MUHAMMAD AKRAM: Paling penting saya cuma fikirkan tiga mata untuk bawa balik ke Malaysia. - Astro ARENA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025 Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716395022_TBHOKIMSIA.jpg)
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
![Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638718058_YUSOFFMAHADI.jpg)
Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi
Banyak pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia menunjukkan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya.
![Aksi persahabatan intensiti tinggi bantu persiapan skuad muda negara ke Piala Asia Aksi persahabatan intensiti tinggi bantu persiapan skuad muda negara ke Piala Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713275969_JuanTorresGarrido.jpg)
Aksi persahabatan intensiti tinggi bantu persiapan skuad muda negara ke Piala Asia
Garrido yakin saingan berintensiti tinggi berdepan lawan lebih berusia membentuk kecerdasan taktikal lebih baik dalam diri anak buahnya.
![BG Pathum belasah Borussia Dortmund di Thailand BG Pathum belasah Borussia Dortmund di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721608194_BGPathumBorussia.jpg)
BG Pathum belasah Borussia Dortmund di Thailand
Dortmund seterusnya akan ke Jepun bagi satu lagi aksi persahabatan menentang Cerezo Osaka.
![Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703583303_TBSkuadBjpg.jpg)
Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China
Skuad B-23 negara tumpas 1-2 dalam perlawanan antarabangsa bertemu pasukan pelapis China.
![Kehadiran beberapa pemain beri kelebihan pada Harimau Muda - Luqman Hakim Kehadiran beberapa pemain beri kelebihan pada Harimau Muda - Luqman Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703145336_TBPASUKANBjp.jpg)
Kehadiran beberapa pemain beri kelebihan pada Harimau Muda - Luqman Hakim
Luqman Hakim yakin percaturan pengendali Juan Torres Garrido mendapatkan khidmat beberapa pemain tertentu, dapat memberikan 'taring' kepada pasukan.
![Harimau Malaya bangkit catat keputusan seri 2-2 berdepan Syria Harimau Malaya bangkit catat keputusan seri 2-2 berdepan Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694004263_HarimauMalayaMala.jpg)
Harimau Malaya bangkit catat keputusan seri 2-2 berdepan Syria
Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat pasukan 100 terbaik dunia, Syria 2-2 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China petang ini.
![Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687321717_AFFMitsubishiElect.jpg)
Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon
Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu.
![Harimau Malaya jumpa Syria, China September ini Harimau Malaya jumpa Syria, China September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688170681_PemainHarimauMalay.jpg)
Harimau Malaya jumpa Syria, China September ini
Kedua-dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 itu akan berlangsung di Chengdu, China.
![Harimau Malaya capai ranking terbaik dalam tempoh 17 tahun Harimau Malaya capai ranking terbaik dalam tempoh 17 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679709595_bolasepak.jpg)
Harimau Malaya capai ranking terbaik dalam tempoh 17 tahun
Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila naik satu anak tangga di posisi ke-137 dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).