Akmal: Ketepikan soal peribadi, Nazmi
Astro Awani
Februari 1, 2013 19:29 MYT
Februari 1, 2013 19:29 MYT
Ketepikan soal peribadi jika mahu berjaya sebagai pemain profesional.
Itulah saranan bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kepada bakat muda negara Nazmi Faiz Mansor.
Nazmi dikatakan kembali ke Malaysia dari kelab Portugal SC Biera-Mar selama “enam bulan”.
Meskipun dijangka menyertai PKNS Selangor dalam saingan Liga Super, Akmal berasa pemain kelahiran Kuala Lumpur itu tetap perlu terus mencuba beraksi sebagai pemain profesional di luar Liga-M.
Akmal juga menyarankan Nazmi menyertai semula skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee.
“Apa yang berlaku mungkin boleh merugikan Nazmi sendiri, mungkin beliau takkan berpeluang lagi untuk ke Eropah. tapi jika dilepaskan begini,” kata Akmal.
“Mungkin lebih elok dia (Nazmi) kembali ke skuad Kim Swee kerana mereka menjalani persiapan cukup bagus untuk skuad kebangsaan.”
Saranan Akmal adalah berlandaskan pengalamannya beraksi bersama kelab Ligue One, Strasbourg dan juga kelab Divisyen Tiga Perancis, Hargenau dari 1999 hingga 2001.
Tindakan SC Beira-Mar melepaskan Nazmi pulang jelas memberi gambaran dia meminta pelepasan untuk kembali ke tanah air.
Kini hanya Nazmi dapat tentukan kaedah terbaik untuk memastikan potensi yang dimilikinya tidak berkubur begitu saja.