Akibat cedera, Federer tumpas kepada Nadal

AFP
Mac 15, 2013 17:28 MYT
Rafael Nadal yang baru pulih dari kecederaan mengorak langkah dengan menumpaskan Roger Federer yang cedera dalam perlawanan suku akhir Indian Wells Masters.
Nadal menumpaskan Federer tiga kali di dalam set kedua dengan mata kemenangan 6-4, 6-2 ke atas pemenang 17 kali Grand Slam itu yang menerima rawatan akibat kecederaan belakang.
“Saya tidak rasa Roger memberikan persembahan 100 peratus pada malam ini,” namun Nadal berkata kemenangan ke atas pencabar terhebatnya adalah satu langkah semenjak pulih dari kecederaan lutut kirinya selama tujuh bulan.
“Saya sangat gembira dapat mara ke peringkat separuh akhir,"
“Ia merupakan kemenangan yang penting bagi saya” kata Nadal.
Nadal, bekas pemain No. 1 dunia dan pemenang 11 gelaran Grand Slam, kembali beraksi pada bulan Februari.
Sejak itu Nadal belum pernah cuba beraksi di gelanggang permukaan keras.
#Indian Wells Masters #Rafael Nadal #Roger Federer #tennis
;