Akhir Jelajah Dunia: Laluan Sooh Huat-Shevon tersekat dalam separuh akhir

Astro Arena
Januari 30, 2021 04:00 MYT
Soon-Huat-Shevon, bagaimanapun, tidak memberi laluan mudah kepada pemenang Terbuka Thailand kedua minggu lalu itu apabila memimpin awal permainan 7-2 dengan mengutip empat mata berturut-turut.
KEMPEN beregu campuran negara, Goh Sooh Huat-Shevon Lai, dalam Kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia 2020 terhenti dalam separuh akhir, malam tadi.
Kemaraan beregu Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung, di Impact Arena, Thailand sukar dikekang untuk kemenangan straight set.
Soon-Huat-Shevon, bagaimanapun, tidak memberi laluan mudah kepada pemenang Terbuka Thailand kedua minggu lalu itu apabila memimpin awal permainan 7-2 dengan mengutip empat mata berturut-turut.
Keyakinan mula berputik buat gandingan negara yang pernah muncul naib juara Terbuka Korea Masters 2019 itu apabila saling bertukar mata dengan Seung Jae-Yujung.
Namun, mereka mensia-siakan pendahuluan 17-16 selepas mengutip lima mata berturut-turut sebelum menyerah 19-21.
Hasrat untuk melihat permainan diheret ke set penentuan semakin samar apabila Soon-Huat-Shevon hanya mula memungut mata pertama tatkala lawan mendahului selesa dengan 10 mata.
Walaupun mencurahkan kudrat dengan mengacah lawan ke segenap gelanggang, Seung Jae-Yujung nyata terlalu ampuh untuk menghitung gelaran esok dengan kemenangan 21-8 dalam tempoh 18 minit set kedua.
Ia sekali gus mengakhiri sebarang harapan untuk sebarang wakil Malaysia ke final selepas beregu wanita negara, Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan, kalah kepada Lee So Hee-Shin Seung Chan -- juga dari Korea -- dalam awal pertembungan semalam.
Mereka akan berdepan wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, yang ditundukkan dalam saingan Kumpulan A yang lalu.
#badminton #beregu campuran #Goh Sooh Huat #shevon lai #Jelajah Dunia 202 #Kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia 2020
;