AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024

Bernama
Ogos 16, 2024 13:30 MYT
Knighton menduduki tempat keempat dalam acara akhir 200m lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini. - REUTERS
BEIJING: Unit Integriti Olahraga (AIU) pada Rabu berkata bahawa pihaknya mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes berkaitan pelari pecut Amerika Syarikat, Erriyon Knighton yang dibenarkan bertanding di Paris 2024 selepas dibebaskan daripada tuduhan doping.
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) memutuskan bahawa keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar, sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.
Atlet berusia 20 tahun itu akhirnya menduduki tempat keempat dalam acara akhir 200m lelaki di Paris, dan dia enggan ditemu bual selepas perlumbaan.
AIU yang ditubuhkan pada 2017, adalah organisasi bebas yang bertanggungjawab mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ancaman integriti sukan olahraga.
-- BERNAMA
#Sukan Olimpik Paris 2024 #doping #Erriyon Knighton #steroid
;