KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak menolak kemungkinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) diberikan tanggungjawab mengendalikan sukan berprestasi tinggi pada masa hadapan.
Beliau yang menegaskan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) kekal menggalas tanggungjawab itu buat masa ini, mengesahkan perkara itu berada pada tahap perbincangan bagi merealisasikan pingat emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik.
"Kerjasama akan ditingkatkan dengan semua badan sukan termasuk MOM dalam mencapai misi emas pertama Olimpik. Ia bukan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semata-mata, ia merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia.
"Dalam mencapai hasrat itu, kita perlu memberikan peranan lebih besar kepada MOM supaya peluang itu lebih cerah. Jadi KBS dan MSN akan cari jalan bagaimana berkongsi pengurusan dan latihan atlet kita dan sukan mana perlu kita beri tumpuan," katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan ke Wisma OCM di sini, hari ini.
Beliau turut menuntut kerjasama semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) dalam meletakkan pembangunan sukan sebagai keutamaan dan mengelakkan perpecahan dalam kepimpinan persatuan.
Terdahulu, beliau mengadakan perbincangan lebih sejam bersama Lembaga Eksekutif MOM baharu yang mengadakan mesyuarat pertama hari ini, sebelum dibawa melawat galeri dan Dewan Kemasyhuran MOM.
Ahmad Faizal juga diberi pengenalan mengenai MOM, peranan MOM, Piagam MOM, Piagam Olimpik dan perkara-perkara berkaitan penganjuran temasya sukan, selain beliau turut berkongsi beberapa pandangan dan harapan daripada pihak kerajaan kepada badan induk sukan negara itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata bahawa hasrat MOM untuk mengendalikan sukan berprestasi tinggi yang dipertandingkan di Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028, antara perkara dibincangkan dengan Ahmad Faizal.
Menurut Mohd Nazifuddin, dengan adanya hubungan yang baik di peringkat antarabangsa, termasuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), MOM mampu membuat perancangan lebih baik dan memainkan peranan lebih besar seperti berjuang untuk memasukkan skuasy dan boling dalam acara Sukan Olimpik.
"Kita akan lihat semua sukan dipertandingkan pada setiap Olimpik dan akan rancang dari awal, contoh dalam satu kitaran Olimpik, rancang semua sukan yang ada peluang, termasuk sukan baharu seperti breakdancing (tarian breakdance), surfing (luncur air). Kita akan lihat secara keseluruhan dan di luar sukan-sukan yang kita selalu dapat pingat seperti badminton, berbasikal dan terjun.
Di peringkat dasar, kita tengah berbincang dulu, mengenai keupayaan dan pembiayaan akan diperincikan nanti kalau kita dibenarkan (untuk ambil alih)," katanya sambil menambah MSN akan kekal bertanggungjawab dalam pengendalian atlet ke Sukan Asia, Komanwel dan program akar umbi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Faizal menegaskan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) kekal menggalas tanggungjawab itu buat masa ini. - Gambar/ Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.
Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.
Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara
MOM akan berbincang dengan Yonex untuk menambah baik reka bentuk jaket yang melambangkan status negara dan memenuhi harapan rakyat jelata.
Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin
Rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti, sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti.
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.