Aguero dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada

Astro Awani
Oktober 30, 2021 07:53 MYT
Sergio Aguero dilihat keluar padang selepas mengadu sakit dada. - Foto REUTERS
PENYERANG Barcelona Sergio Aguero dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada semasa perlawanan yang menyaksikan pasukannya seri 1-1 bersama Alaves.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Barcelona berkata Aguero mengalami sakit dada pada separuh masa pertama dan digantikan oleh Philippe Coutinho.
Semasa beraksi dalam separuh masa pertama, pemain Argentina itu dilihat meminta direhatkan sebelum terbaring di padang sambil memegang dadanya.
Petugas kesihatan bergegas membantu pemain berusia 33 tahun itu keluar padang.
Menurut jurulatih sementara pasukan itu, Sergi Barjuan, dia diberitahu Aguero terasa pening semasa perlawanan berlangsung.
"Saya difahamkan dia terasa pening semasa perlawanan. Dia telah dikejarkan ke hospital, itu sahaja saya tahu setakat ini," katanya.
#bola sepak #Sergio Aguero #sakit dada #Hospital
;