AFCON: Ivory Coast lakar kebangkitan sebelum dinobat sebagai juara
Astro Arena
Februari 12, 2024 08:30 MYT
Februari 12, 2024 08:30 MYT
PEJUANG kanser, Sebastien Haller, mencetus inspirasi buat tuan rumah apabila Ivory Coast menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) buat kali ketiga dengan jaringan kemenangan di penghujung permainan untuk bangkit daripada ketinggalan mengatasi Nigeria 2-1 di Abidjan.
Lima daripada enam negara penganjur terakhir mara ke final dan berjaya menjuarai AFCON, namun, penampilan Ivory Coast edisi kali ini kelihatan kurang memberangsangkan, kekalahan 4-0 dalam peringkat kumpulan kepada Equatorial Guinea hingga memaksa pasukan memecat ketua jurulatih, Jean-Louis Gasset.
Seperti diberi nafas baharu, di bawah pimpinan pengendali sementara, Emerse Fae, yang digelar ‘The Zombies’, ketinggalan terlebih dahulu dalam aksi final apabila kapten Nigeria, William Troost-Ekong menanduk masuk jaringan pembukaan pada minit ke-38, namun tuan rumah berjaya kembali mengikat jaringan pada separuh masa kedua hasil gol Franck Kessie.