AFC ucap terima kasih kepada Kim Pan-gon

Astro Arena
Julai 19, 2024 04:20 MYT
Di bawah kendalian Kim Pan-gon, Harimau Malaya telah beraksi sebanyak 35 perlawanan dengan merekodkan 20 kemenangan, 10 kekalahan, dan 5 seri. - Foto Bernama
KONFEDERASI Bola Sepak Asia, AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Dalam hantaran tersebut, AFC meraikan kejayaan yang dibawa Kim Pan-gon untuk meningkatkan kualiti bola sepak pasukan kebangsaan sejak mengambil alih tampuk kejurulatihan sejak tahun 2022.
AFC turut mengucapkan terima kasih kepada Kim Pan-gon kerana telah menghadiahkan memori terbaik bukan sahaja untuk bola sepak Malaysia, tetapi untuk bola sepak Asia secara amnya.

As Coach Kim Pan-gon steps down, we celebrate his contributions to Malaysia's football legacy. Thank you for the memories! pic.twitter.com/r8JOt3lX7h

— #AsianQualifiers (@afcasiancup) July 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di bawah kendalian Kim Pan-gon, Harimau Malaya telah beraksi sebanyak 35 perlawanan dengan merekodkan 20 kemenangan, 10 kekalahan, dan 5 seri.
Harimau Malaya turut mencipta sejarah baharu apabila layak ke pusingan akhir AFC Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama selepas menunggu hampir 43 tahun di bawah kendalian beliau.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Konfederasi Bola Sepak Asia #Kim Pan-gon #ucapan terima kasih #jurulatih harimau malaya #letak jawatan