AFC U23: Harimau rebah bermaruah
Israr Khalid
Januari 20, 2018 18:16 MYT
Januari 20, 2018 18:16 MYT
Anak buah Datuk Ong Kim Swee terpaksa menelan keperitan apabila rebah di tangan Korea Selatan 2-1 di Stadium Kunchan, China pada pusingan suku akhir Kejohanan Bawah-23 Asia 2018.
Harimau Malaya memberi saingan sengit dengan mempamer keghairahan dan permainan memberangsangkan, namun dikecewakan Han Seun-gyu ketika perlawanan berbaki kurang 10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Gawang Malaysia awal dirobek Harimau Putih, ketika permainan hanya bermula 15 saat daripada Cho Jae-wan menewaskan penjaga gol negara, Haziq Nadzli.
Kedua-dua pasukan berbalas asakan, hingga akhirnya kegemaran rakyat jelata, N.Thanabalan menghidupkan kembali peluang untuk mara pusingan separuh akhir menerusi tandukan terbang pada minit ke-67.
Namun, ketika perlawanan menuju penamat, Sang Belang Hitam Kuning akur kepada kehebatan Si Putih untuk melepaskan hasrat meneruskan langkah ke pusingan seterusnya.
#AFC U23
#bola sepak
#China
#Han Seun-gyu
#Harimau Malaysia
#Harimau Putih
#Haziq Nadzli
#Korea
#Korea Selatan
#Malaysia
#N Thanabalan
#Ong Kim Swee
#rakyat
#sukan