PADA tahun 2021 lepas, Adobe telah menamatkan penawaran Adobe Photoshop Mix dan Photoshop Fix untuk pengguna iOS.
Kini, selang beberapa tahun, Adobe turut mengambil langkah sama untuk penawaran aplikasi berkenaan di Android.
Adobe menyatakan sebagai alternatif untuknya, pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
Sebelum ini, Photoshop Mix menyertakan kaedah mudah mengabungkan dua tiga gambar dalam satu imej, sementara Photoshop Fix pula menyediakan ciri untuk menambah-baik sesuatu gambar dengan pantas menggunakannya.
Kedua-dua aplikasi Photoshop Fix dan Photoshop Mix telah pun dibuang daripada kedai aplikasi Google Play Store.
Pengguna yang sedia memuat turunnya boleh kekal menggunakan ia sehingga perkhidmatan ditamatkan pada 4 Jun 2024 kelak. -Amanz
Amanz
Mon May 06 2024
Kedua-dua aplikasi Photoshop Fix dan Photoshop Mix telah pun dibuang daripada kedai aplikasi Google Play Store. -Amanz
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Anda kini boleh cari sesuatu dengan merakam video guna Google Lens
Teknologi ini menggunakan Gemini untuk memberikan maklum balas yang pantas dan membantu dalam carian video.
Pelayar web AI popular iOS 'Arc' akan ke Android
Arc adalah pelayar web yang mementingkan ketenangan kerana semua elemen pada aplikasi ini adalah minimalis.
Google Essentials mudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows
Idea aplikasi ini adalah untuk pengguna Windows yang menggunakan peranti Android menikmati ciri ekosistem seakan iPhone dan Mac.
Jam Wear OS mula menyokong Google Maps secara luar talian
Ciri ini ditemui oleh 9to5Google melalui aplikasi Google Maps versi 11.140.0701.W pada Pixel Watch 2.
YouTube uji paparan palang bawah baharu
Rekaan ini menjadikan paparan video YouTube terlihat lebih menyeluruh pada skrin dan sekali gus memaksimumkan kawasan skrin untuk paparan video.
AS ingin haramkan pula perisian China pada kenderaan swapandu
Pengeluar kenderaan selepas ini perlu mengesahkan kenderaan yang dikeluarkan tidak mempunyai perisian daripada entiti asing yang membimbangkan sebelum dibenarkan beroperasi.
Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone
Pengharaman penggunaan peranti Android turut berkuat kuasa ke atas kakitangan yang bekerja di Hong Kong.
Google Circle to Search bakal sokong imbasan kod QR
Buat masa ini, ciri ini masih dalam peringkat pembangunan kerana ia masih tersembunyi dalam aplikasi Google versi 15.25.32.
Chrome di Android kini tampil ciri baca laman web
Ciri yang diberi nama 'Listen to this page' ini mula diberikan secara berperingkat sejak semalam dengan akses menerusi menu dalam aplikasi.
Google uji ciri AI antikecurian bagi telefon pintar Android di Brazil
Mulai Julai, pengguna di Brazil yang memiliki peranti Android yang bersesuaian akan dapat mengakses versi beta kunci pengesanan kecurian Google, kunci peranti luar talian dan kunci jarak jauh.