Adobe disaman DOJ kerana pelan langganan didakwa tidak telus kepada pengguna

Amanz
Jun 18, 2024 12:40 MYT
Adobe dikatakan tidak memaparkan terma dan syarat yang menyatakan bayaran penalti sehingga 50% baki langganan setahun akan dikenakan kepada pelanggan. -Amanz

JABATAN Kehakiman Amerika (DOJ) menyaman Adobe kerana penawaran pelan langganan yang dikatakan tidak telus kepada pengguna.

Yang menjadi tumpuan DOJ ialah pelan bayaran bulanan untuk langganan perisian Adobe selama setahun.
Sekiranya pelanggan ingin menamatkan lebih awal daripada tempoh tamat, mereka akan dikenakan caj penalti yang mahal.

Adobe dikatakan tidak memaparkan terma dan syarat yang menyatakan bayaran penalti sehingga 50% baki langganan setahun akan dikenakan kepada pelanggan.

Bayaran penalti yang tinggi ini kerap tular di media sosial kerana ramai pelanggan tidak menyedari terma dan syarat yang tidak dipaparkan jelas ketika memulakan langganan.

Selepas disaman Adobe mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan DOJ dan akan melawannya di dalam perbicaraan di mahkamah kelak. -Amanz

#Adobe #DoJ #pelan langganan #penalti
;