Adli terlepas gelaran WBC Continental Asia

Astro Arena
September 30, 2022 09:40 MYT
Adli mendedahkan kepada Nadi Arena, dia terbuka untuk melakukan pertarungan semula jika mendapat persetujuan kedua belah pihak. - Foto Astro ARENA
NASIB kurang menyebelahi petinju profesional negara, Adli Hafidz Md Pauzi, di pertarungan 'Fight of the Future' untuk merebut gelaran WBC Continental Asia namun Adli menjanjikan kebangkitan di pentas profesional susulan kekalahan sulung dalam kariernya.
Tewas kepada Shiva Thakran, pertarungan sengit diheret sehingga ke pusingan ketujuh.
Walaupun ingin meneruskan pertarungan, 'golden boy' terpaksa akur kecederaan di bahagian mata, sekali gus memaksa pengadil perlawanan memberi kemenangan kepada pihak lawan dari India itu.
Menerusi perkongsian menerusi Nadi Arena, Adli mendedahkan yang dia terbuka untuk melakukan pertarungan semula jika mendapat persetujuan kedua belah pihak, sekali gus menjadi medan balas dendam buat rekod cemerlangnya yang kini menjadi 10 kemenangan, 1 kekalahan.
"Dalam perlawanan semalam, ia merupakan pertembungan yang seimbang namun selepas pusingan ketujuh, terdapat pelanggaran di bahagian mata saya dan pengadil menghentikan perlawanan," katanya.
"Saya berharap untuk melakukan pertarungan ulangan dan membuat persiapan dengan lebih cemerlang untuk merampas semula kejuaraan."
#Adli Hafidz Md Pauzi #tinju #WBC Continental Asia #Shiva Thakran
;