Adli Hafidz harus lepaskan lima tali pinggang

Astro Arena
Jun 30, 2023 06:00 MYT
Adli Hafidz mengalami kecederaan ligamen putus di bahagian buku lali kanan yang menyaksikannya terpaksa membatalkan hasrat untuk menambah koleksi tali pinggang kelima dalam kejohanan itu. - Stadium Astro
PENINJU profesional negara, Adli Hafidz Pauzi, bakal terlepas bukan satu tetapi lima tali pinggang dalam Kejohanan Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) Asia di Bangkok pada 17 Oktober depan.
Adli Hafidz mengalami kecederaan ligamen putus di bahagian buku lali kanan yang menyaksikannya terpaksa membatalkan hasrat untuk menambah koleksi tali pinggang kelima dalam kejohanan itu.
Adli Hafidz dijangka berehat sekurang-kurangnya enam bulan selepas menjalani pembedahan dan kembali mencabar IBF Asia pada tahun depan.
"Selepas menjalani ujian MRI, saya mendapati ligamen saya bukannya rentak, sebaliknya putus.
"Doktor juga mendapati beberapa tulang saya retak jadi saya memerlukan saya berehat 6 hingga 9 bulan," katanya di Nadi Arena pada Jumaat.
Malah, dia terpaksa melepaskan empat lagi tali pinggang menjadi rebutan peninju lain berikutan tidak mampu mempertahankannya.
"Sebenarnya saya sudah membuat persediaan dari April lalu lagi untuk pertarungan ini.
"Jadi situasi ini memberi kesan kepada mental saya yang sentiasa aktif ini," katanya.
#tinju #ligamen #tali pinggang #IBF
;