Adik Omar iringi pasukan Harimau Malaya ke padang

Asyraf Roslan
September 10, 2019 22:16 MYT
Omar dilihat memakai jersi berwarna oren dan biru mengetuai kemasukan pemain-pemain Harimau Malaya ke padang bersama kanak-kanak lain di stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Gambar FAM
Malam ini merupakan malam yang sangat mendebarkan buat pasukan Malaysia apabila skuad Harimau Malaya berdepan pasukan UAE dalam aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Namun, apa yang turut menarik perhatian rakyat Malaysia ialah kehadiran peminat cilik Harimau Malaya yang tular baru-baru ini iaitu, adik Omar Saiful Razman sebagai pengiring pasukan negara.
Omar dilihat memakai jersi berwarna oren dan biru dipimpin tangan oleh penjaga gol dan kapten pasukan, Farizal Marlias ke padang bersama kanak-kanak lain di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Omar juga telah dipertemukan dengan idolanya iaitu Mohamadou Sumareh.
BACA : Debaran kedua buat Omar, bertentang mata dengan Sumareh
Ibu Omar yang juga pelakon, Nadiya Nisaa berkongsi video debaran yang dilalui anaknya itu yang menagih kemenangan Malaysia menentang Indonesia.
Bukan itu sahaja, Nadiya turut memuat naik video pada Jumaat menunjukkan keterujaan Omar membaca berita kememangan Malaysia dari sebuah akhbar.
#FIFA #harimau Malaya #Jangan Gaduh Gaduh #Omar Saiful Razman #Piala Asia #UAE
;