Adik bekas penyerang Harimau Malaya Hadin Azman hilang, mohon bantuan orang ramai

Astro Arena
Mac 7, 2025 12:30 MYT
Hadin memaklumkan bahawa dia kehilangan adiknya, Nur Khalisya, sejak 26 Februari lalu. - Stadium Astro
BEKAS penyerang Harimau Malaya, Hadin Azman, memaklumkan bahawa dia kehilangan adiknya, Nur Khalisya, sejak 26 Februari lalu.
Nur Khalisya, 16, kali terakhir dilihat memakai baju rumah sukan berwarna biru, berseluar sukan hitam dan bertudung sekolah berwarna putih di Sekolah Menengah Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.
Orang ramai yang terjumpa remaja berkenaan boleh menghubungi 014-6281874 atau terus membawanya ke balai polis berhampiran.

Adik saya hilang. - Hadin Azman @ASTROARENA pic.twitter.com/z6M6Zby5FK

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- Stadium Astro
#bekas penyerang Harimau Malaya #Hadin Azman #adik hilang #Nur Khalisya
;