Ada benda kita boleh kawal, ada benda kita tak boleh kawal - Derrick Gan
Astro Arena
Mac 18, 2024 08:30 MYT
Mac 18, 2024 08:30 MYT
MELALUI satu paparan di laman media sosial Facebook miliknya, Derrick Gan semalam menjelaskan tentang isu menyalahgunakan nama Ultras Malaya di beberapa agensi mahupun media sosial.
Derrick menyatakan: "Di sini Derrick nak buat satu penjelasan atas isu menyalah guna nama Ultras Malaya di beberapa agensi/media sosial.
"Derrick minta maaf atas isu penggunaan nama UM yang di luar kawalan Derrick dan Derrick tak tahu yang sendiri digelar UM. Selama ini Derrick anggap Derrick Penyokong Tegar Harimau Malaya.
"Derrick bukanlah orang utama UM dan Derrick join UM sebab Derrick menyokong gerakan ini untuk menjadi pemain ke-12 kepada pemain Harimau Malaya.
"Jadi apa yang berlaku Derrick minta maaf dan bukan bertujuan untuk menjaja nama UM.
"Seperkara lagi berkaitan sponsorship (penajaan) ke Oman nanti, bukanlah bermaksud sponsor sepenuhnya.
"Ia juga adalah hasil usaha kerjasama perniagaan dengan Johann&Joann di mana Johann&Joann taja Derrick sebagai ambassador untuk ke Oman dan bukan sebagai Ultras UM."
Katanya, bukan niatnya untuk menyakiti sesiapa atau menyalah guna mana-mana istilah, tetapi berharap kenyataannya itu dapat menjernihkan keadaan.
"Jom turun Bukit Jalil 26 haribulan nanti untuk bagi sokongan 110% kepada Harimau Malaya kita. Selamanya Ekor Harimau Malaya," tambahnya.