ACT: The Speedy Tigers ikat Korea Selatan

Astro Arena
September 14, 2024 17:45 MYT
Malaysia melakar keputusan seri 3-3 berdepan Korea Selatan dalam pusingan Round Robin 5 Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Moqi. - Stadium Astro
MALAYSIA melakar keputusan seri 3-3 berdepan Korea Selatan dalam pusingan Round Robin 5 Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Moqi, China hari ini.
Yang Jihun terlebih dahulu membuka jaringan buat Korea Selatan seawal minit keenam perlawanan menerusi pukulan sudut penalti. Namun Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal kembali menghidupkan peluang dengan jaringan penyamaan pada minit ke 28 untuk kedudukan terikat 1-1.
Norsyafiq Sumantri dan Faizal Saari yang melengkapkan kaps 301 hari ini menambah kelebihan buat The Speedy Tiger sebagai penjaring sebelum jaringan Yang Jihun memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
Perlawanan terakhir menyaksikan Malaysia mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Pakistan 5-4 untuk berada di kedudukan ke empat secara keseluruhan dengan lima mata.
Begitupun, Ketua Jurulatih Pasukan Lelaki Kebangsaan, Sarjit Singh, Ketua Jurulatih Pasukan Lelaki Kebangsaan, memuji semangat juang pemain yang memberikan aksi terbaik selain masih menunggu keputusan membabitkan China dan Jepun sebelum mengetahui kedudukan rasmi untuk ke pusingan seterusnya.
"Sejujurnya kami berhak untuk menang. Pemain telah memberikan segala-galanya di atas padang. Mereka bermain dengan baik terutamanya pada suku kedua hingga tamat perlawanan.
"PC terakhir yang diterima Korea menjadi persoalan untuk kami mengenai keputusan pengadil memberikan PC tersebut, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana umpire berkuasa di dalam padang dan keputusan mereka muktamat.
"Kami perlu terima dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk masa depan. Pasukan akan terus bekerja untuk persediaan game seterusnya. Semua bergantung pada perlawanan antara China dan Jepun untuk kami mengetahui kedudukan terakhir kami." katanya. -- Stadium Astro
#Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia #skuad hoki Malaysia #The Speedy Tigers #ikat Korea Selatan
;