ACLE: Theerathon Bunmathan tersisih, Arif Aiman 'selamat'

Astro Arena
Mac 11, 2025 18:19 MYT
JDT harus menggunakan kesempatan itu bagi mencipta sejarah pasukan pertama negara untuk melayakkan diri ke suku akhir. - Gambar fail/Stadium Astro
PEMAIN kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan, terlepas peluang untuk beraksi bersama Buriram United dalam perlawanan timbal balik kedua pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini.
Akibat kecederaan lutut yang dialaminya, pertahanan kiri itu terpaksa disisihkan oleh Osmar Loss Vieira dalam misi menewaskan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), bagi merebut slot ke suku akhir kejohanan berprestij itu.
Ketua pasukan Thunder Castle itu merupakan ayam tambatan dan sudah pasti kehilangannya amat dirasai.
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu harus menggunakan kesempatan itu bagi mencipta sejarah pasukan pertama negara untuk melayakkan diri ke suku akhir.
Pertahanan kental skuad kebangsaan Thailand serta Buriram United, Theerathon Bunmathan sah terlepas aksi bertemu JDT pada aksi timbal balik pusingan 16 diantara JDT dan Buriram United di SSI akibat masih mengalami kecederaan lutut sejak Februari lalu.
Tumpuan semestinya terarah kepada Hector Bidoglio yang akan menyenaraikan 11 pemain terhebat untuk mengekang asakan Buriram United malam ini.
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 802 bermula dengan prarancangan pada jam 7.30 malam.
Tarikh: 11 Mac 2025, Selasa
Masa: 7.30 malam pra-rancangan
Venue: Stadium Sultan Ibrahim (SSI)
Saluran: Astro Arena CH802
-- Stadium Astro
#ACLE #JDT #buriram united #Theerathon Bunmathan #Arif Aiman
;