ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
Astro Arena
Februari 19, 2025 16:47 MYT
Februari 19, 2025 16:47 MYT
Arif Aiman hanya memerlukan satu gol lagi bagi menyamai jumlah jaringan yang dimiliki penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, yang telah mengumpul enam gol. - Gambar/ Stadium Astro
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
Pemain berusia 22 tahun itu hanya memerlukan satu gol lagi bagi menyamai jumlah jaringan yang dimiliki penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, yang telah mengumpul enam gol.
Dalam pada itu, pemain Gwangju, Jasir Asani, kini mendahului senarai penjaring dengan tujuh gol diikuti Salem Al-Dawsari (Al-Hilal) dengan enam gol berkongsi jaringan bersama penyerang Yokohama F. Marinos, Anderson Lopes.
Info tambahan:
Riyad Mahrez - 5 gol
Aleksandar Mitrovic - 5 gol
Ivan Toney - 5 gol
Matias Vargas - 5 gol