ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan

Astro Arena
November 6, 2024 13:30 MYT
Selepas empat perlawanan, Arif Aiman (kiri) telah menjaringkan empat gol untuk berkongsi tangga kedua dengan empat pemain lain. - Stadium Astro
BINTANG Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Selepas empat perlawanan setakat ini, pemain sayap lincah itu telah menjaringkan empat gol untuk berkongsi tangga kedua dengan empat pemain lain.
Penyerang Gwangju, Jasir Asani, mendahului carta itu dengan enam gol selepas mencatatkan hatrik dalam aksi pembukaan menentang Yokohama F. Marinos pada September lalu.
Dalam pada itu, pemenang Ballon d'Or lima kali, Cristiano Ronaldo, pula berada di tangga kesembilan dengan dua gol buat Al Nassr. -- Stadium Astro
#Arif Aiman #penjaring terbanyak #JDT #ACLE #Cristiano Ronaldo
;