KETUA Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, belum mahu mengibarkan bendera putih apabila menegaskan skuad Harimau Selatan itu masih berpeluang untuk mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Ini selepas juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu mengalami kekalahan kedua dalam aksi Kumpulan I, dengan yang terbaru tewas 1-3 kepada juara Liga Korea Selatan, Ulsan Hyundai, di gelanggang lawan itu pada Selasa.
Dalam pertemuan di Stadium Ulsan Munsu itu, 20 minit pertama menjadi mimpi ngeri buat barisan bimbingan Solari berkenaan, di mana mereka dibolosi tiga gol.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah itu tempang pada minit ke-36 apabila pertahannya, Kim Tae-hwan dilayangkan kad merah tetapi JDT hanya dapat meraih satu jaringan hasil penyudah Bergson da Silva pada minit ke-53.
Ia merupakan kekalahan kedua JDT dalam saingan Kumpulan I selepas tewas 0-1 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale di laman sendiri bulan lalu.
"Kami sedar setiap perlawanan akan menjadi sukar dan kini kami akan menghadapi mereka sekali lagi di laman sendiri," kata Solari pada sidang media, menurut laporan Astro ARENA.
"Apa yang saya katakan ialah setiap perlawanan musim ini sukar.
"Kami tahu jika kami dapat memenangi perlawanan itu, kami memiliki peluang yang amat cerah (untuk layak ke pusingan 16).
"Ia bukan mudah kerana kami sedar Ulsan merupakan juara Korea dan mereka pasukan yang amat kuat dan mereka telah menunjukkannya hari ini (Rabu).
"Jika kami mendapatkan mata dalam perlawanan berikutnya dan kami dapat mempamerkan aksi dominan seperti dalam babak kedua, kami berpeluang untuk meneruskannya.
"Selepas itu kami akan melihat apa yang boleh berlaku tetapi bagi saingan ACL ini, perlawanan selepas ini amat penting," katanya.
JDT seterusnya akan menghadapi Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 7 November ini.
Astro Arena
Wed Oct 25 2023

SOLARI: Kami sedar setiap perlawanan akan menjadi sukar dan kini kami akan menghadapi mereka sekali lagi di laman sendiri. - Foto Astro ARENA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

ACLE: Buriram kekal rekod tanpa kalah tumbangkan kelab Korea Selatan
Jaringan Guilherme Bissoli pada minit ke-56 menjadi pemisah kedua-dua pasukan untuk Buriram meraih kemenangan kedua daripada tiga perlawanan pertama.

Cedera ACL, Selangor hilang khidmat Noor Al-Rawabdeh
Bintang Jordan berusia 27 tahun itu memaklumkan bahawa dia mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL).

ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.

ACL: Gol tunggal Cristiano Ronaldo beri Al Nassr kelebihan tipis hadapi Al Feiha
Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81.

VAR jejaskan BG Pathum United - Jurulatih
BG Pathum United mengakui video bantuan pengadil (VAR) memainkan peranan besar dalam kekalahan pasukan dari Thailand itu 4-1 menentang JDT.

JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga
JDT menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tangga ketiga, di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai selepas membenam BG Pathum United 4-1.

ACL: Arif Aiman pemain paling penting JDT - Surachai Jaturapattarapong
Ketua jurulatih BG Pathum United melabel Arif Aiman Md Hanapi, sebagai individu yang cukup berharga dalam pasukan JDT.

ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat
Ketua pasukan JDT terkilan gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan, malam tadi.

Cristiano Ronaldo minta pengadil batalkan penaltinya
Pemain berusia 38 tahun itu jatuh dalam kotak penalti pada minit kedua selepas satu kekasaran ke atasnya.

JDT ketuai peluang cerah tiga wakil negara di peringkat Asia
Sekiranya ketiga-tiga pasukan dapat mengekalkan rentak kemenangan dalam dua perlawanan berikutnya, pencapaian musim lalu bakal berulang.