ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr

Astro Arena
Mac 12, 2024 08:30 MYT
Reaksi Ronaldo ketika perlawanan suku akhir pusingan kedua ACL antara Al Nassr dan Al Ain di Al-Awwal Park, Riyadh, Arab Saudi, 11 Mac 2024. REUTERS
AL NASSR 3 AL AIN 4
(Al Ain mara menerusi penentuan sepakan penalti 1-3 selepas agregat terikat 4-4)
Sepakan penalti Cristiano Ronaldo pada minit ke-118 tidak cukup untuk menghalang Al Nassr daripada terkandas dalam suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Sesudah ketinggalan dengan satu gol berikutan kekalahan dalam perlawanan pembukaan di Al Ain, minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu kemudiannya ketinggalan 2-0 sebelum mengalami kekecewaan, awal pagi tadi.
Begitupun, tuan rumah bangkit dengan dua gol sebelum bintang berusia 39 tahun itu dan entah bagaimana terlepas satu peluang menarik selepas sejam perlawanan.
Kekecewaan pemain Portugis itu terubat apabila bekas pemain Manchester United, Alex Telles, dengan meledak jaringan pada minit ke-72 untuk mengheret permainan ke masa tambahan.
Al-Nassr kehilangan seorang pemain pula dan kembali di belakang apabila Sultan Al-Shamsi merakamkan gol buat Al Ain dalam tempoh pembukaan masa tambahan.
Tetapi Ronaldo menebus kesilapan awalnya untuk mencipta gol menang dan menyempurnakan sepakan penalti menuju baki dua minit permainan untuk mencatat agregat 4-4.
Tatkala rembatan Ronaldo tepat ke sasaran, sebaliknya anggota skuad Al Nassr yang lain gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dalam kekalahan 1-3 penentuan sepakan penalti itu.

|| Penalties, Thank you guys for your hard work pic.twitter.com/mfxXGFs1PH

— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) March 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo #Al Nassr #Liga Juara-Juara Asia #ACL
;