NILAI: Pelumba negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis kini dalam misi untuk menamatkan penantian sedekad Malaysia untuk meraih pingat emas acara 1 kilometer (KM) ujian masa individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.
Muhammad Fadhil, 25, yang mengetuai skuad negara mengutip gangsa dalam acara pecut berpasukan di Velodrome Nasional di sini Rabu lepas, berkata prestasinya berada pada tahap terbaik untuk merangkul gelaran dalam acara kegemarannya itu.
Selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada dua edisi lepas, Muhammad Fadhil bertekad untuk mendapatkan emas apabila turun beraksi esok.
"Berdasarkan catatan masa dalam acara pecut berpasukan, prestasi saya berada pada tahap terbaik. Saya rasa sangat selesa pada kali ini, manakala beraksi di laman sendiri juga meningkatkan motivasi saya.
"Namun, saya sedar saingan pada tahun ini lebih sukar kerana pesaing lain juga sedang meningkatkan prestasi masing-masing, terutamanya pelumba dari Jepun dan China. Saya juga perlu berdepan cabaran getir daripada pemegang rekod Asia dan juara bertahan, Yuta Obara dari Jepun, esok," katanya.
Kali terakhir pelumba Malaysia mengungguli acara ujian masa individu di ACC adalah pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, menerusi Mohd Edrus Yunus.
Muhammad Fadhil sebelum ini terpaksa akur kepada Andrey Chugay dari Kazakhstan pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan, manakala pada edisi lepas di New Delhi, India, beliau ditewaskan oleh Obara.
Rabu lepas, walaupun turun tanpa dua pelumba elit - Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom - trio muda yang dibarisi oleh Muhammad Fadhil, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah berjaya membawa pulang gangsa acara pecut berpasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
Pelumba negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis kini dalam misi untuk menamatkan penantian sedekad Malaysia untuk meraih pingat emas acara 1 kilometer (KM) ujian masa individu di ACC 2023. - BERNAMA
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.
Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.
Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.