ACC 2023: Azizulhasni bukti kejaguhan dengan emas keirin

Astro Arena
Jun 18, 2023 09:46 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat emas keduanya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan mengungguli acara keirin lelaki. - Stadium Astro
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, terbukti berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas keduanya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan mengungguli acara keirin lelaki di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi.
Selepas memenangi emas acara pecut individu lelaki pada Jumaat lalu, jaguh negara itu membuktikan kejaguhannya dengan memenangi pingat emasnya yang ke-12 dalam kejohanan itu menerusi acara kegemarannya, Keirin.
The Pocket Rocketman menamatkan saingan final itu selaku pelumba terpantas dengan catatan masa 10.005 saat untuk meninggalkan pelumba Jepun, Shinji Nakano, di tempat kedua dengan perbezaan 0.097 saat.
Lebih manis, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, turut mengiringi Azizulhasni ke podium dengan memenangi pingat gangsa mengatasi empat pelumba lain.

The King is back Datuk @AzizulAWANG juara keirin ACC 2023 What a race pic.twitter.com/qj52p6QGFz

— Bazly.azmi (@bazlyazmi) June 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Azizulhasni Awang #ACC 2023 #jaguh berbasikal trek negara #emas keirin