Acara pembukaan Sukan SEA: 'Jangan nak gatal tangan sentuh lampu LED'

Madiha Abdullah
Ogos 19, 2017 18:23 MYT
Lampu LED yang diletakkan pada kerusi penonton.FOTO/Instagram stadium_bukitjalil
MALAM ini secara rasminya, Sukan SEA ke 29 bakal membuka tirai, dengan majlis pembukaan dijangka berlangsung gilang-gemilang di Stadium Bukit Jalil.
Persiapan untuk upacara itu telah bermula berbulan yang lalu, namun sejak beberapa minggu kebelakangan ini, foto-foto stadium kebanggaan negara itu yang siap dibaik pulih rancak dikongsi di laman sosial, sekaligus menarik minat khalayak untuk menyaksikannya sendiri.
Acara pembukaan yang bakal bermula jam 8 malam ini, dikhabarkan dirancang untuk menyamai taraf acara pembukaan Olimpik, tentunya mengundang rasa tidak sabar penonton.
Apapun, sebelum itu, ada baiknya peringatan ini dikongsi agar kemegahan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Akaun Instagram stadium_bukitjalil memuat naik status mengingatkan orang ramai agar tidak menyentuh lampu LED yang diletakkan pada kerusi penonton.
Ini kerana lampu tersebut merupakan prop penting dan sangat sensitif. Jika ada yang tidak menyala, ia akan menjejaskan bahagian-bahagian tertentu dalam acara pembukaan nanti.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kerjasama semua amat diperlukan dan rakyat Malaysia diseru mengubah mentaliti kelas ketiga mereka.

Siapa dah sampai stadium bukit jalil? Snap sikit gambar! And ingat pesanan admin, jaga kebersihan stadium dan jangan usik Led tu

— Admin R.F (@twt_manunited) August 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku harap takde la malaon malaon gatal tangan usik lampu LED dekat Stadium Bukit Jalil tu nanti

— Hafiz Kenny (@hafizkenny) August 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pasal LED dekat stadium bukit jalil tu... as much as i want to be positive on malaysian attitude.. hahahah..ermm.. kbai

— Yuri (@izzatbasar) August 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tolong jangan usik, minta tolong bagitahu dekat kawan2 yang datang stadium bukit jalil. pic.twitter.com/JOsX4OTmId

— Alepp (@alepHurairah) August 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#lampu LED #pembukaan #Stadium Bukit Jalil #Sukan SEA
;