Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis
Bernama
Mac 8, 2024 22:17 MYT
Mac 8, 2024 22:17 MYT
KUALA LUMPUR: Wakil tunggal negara di Terbuka Perancis Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya ditunjukkan jalan keluar apabila tewas pada saingan suku akhir di Arena Porte de la Chapelle di Paris hari ini.
Beregu lelaki utama negara itu tunduk kepada pasangan kedua dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 19-21, 16-21 dalam perlawanan berlangsung 43 minit.
Gandingan Korea Selatan itu akan berdepan sama ada pilihan utama kejohanan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand.
Aaron-Wooi Yik akan membawa cabaran Malaysia di kejohanan All England 2024 di Birmingham berlangsung pada 12 hingga 17 Mac ini.
-- BERNAMA