Aaron-Wooi Yik, Joe Ee dinobat Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2022
Astro Awani
Julai 17, 2023 23:50 MYT
Julai 17, 2023 23:50 MYT
SUBANG JAYA: Penyandang juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2022 dalam Anugerah Sukan Negara (ASN 2022), pada Isnin.
Ini merupakan kali ke-18 pemain badminton memenangi anugerah berkenaan, yang kali terakhir dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei pada 2012.
Pasangan nombor empat dunia itu mencipta sejarah tahun lalu dengan memenangi kejuaraan dunia di Tokyo.
Sementara itu, atlet gimrama dan pemenang dua pingat emas Sukan Komanwel Birmigham 2022, Ng Joe Ee, dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.
Anak kelahiran Kuala Lumpur berusia 17 tahun itu mengulangi sejarah yang pernah dilakukan Amy Kwan yang menjadi atlet gimnastik pertama memenangi anugerah berprestij itu pada 2018.
Antara pemenang lain ialah Cheah Liek Hou dan Carmen Lim sebagai Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Negara, Pasukan hoki sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan serta Pearly Tan dan M. Thinaah sebagai Pasukan Wanita Kebangsaan.