Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028

Astro Arena
Ogos 24, 2024 08:00 MYT
Mohamad Norza (tengah) diapit oleh beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Keputusan itu diumumkan oleh BAM sendiri dalam laman rasmi media sosialnya selepas menandatangani kontrak bersama Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, pada Jumaat.
Aaron Chia, (27, dan Wooi Yik, 26, akan mengharungi kempen ketiga di Amerika Syarikat empat tahun lagi. - Stadium Astro
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik #Persatuan Badminton Malaysia #BAM #Mohamad Norza Zakaria