97 peratus kecacatan binaan Akademi Mokhtar Dahari telah diselesaikan

Astro Awani
Februari 20, 2019 09:27 MYT
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) 2017-2018 di Akademi Kenegaraan pada Selasa. - Foto Bernama
Kisah ‘kecacatan binaan’ Akademi Mokhtar Dahari yang pernah menjadi bualan pada Oktober tahun lalu kembali hangat dibualkan.
Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi membuat lawatan ke akademi bola sepak paling berprestij Malaysia pada Selasa.
Katanya, tindakan segera yang diambil ketika lawatannya sebelum ini telah berjaya menyelesaikan 97 peratus kecacatan binaan yang dikenalpasti.
"Alhamdulillah, daripada 873 kecacatan binaan yang dikenal pasti, 852 telah pun dibaiki.
"Semuanya gembira begitu juga ibu bapa mereka," katanya menerusi muat naik di Instagram.
Bagi Syed Saddiq, beliau hanya mahu memastikan Akademi Mokhtar Dahari mampu melahirkan lebih ramai pemain hebat seperti Datuk Mokhtar Dahari di masa akan datang.
#Akademi Mokhtar Dahari #Belia #bola sepak #Instagram #Malaysia #menteri #sukan #Syed Saddiq
;