Malaysia mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di sini Sabtu.
Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit dengan 18 gol pada babak pertama dan mengulangi jaringan sama pada babak kedua pada perlawanan selama 70 minit.
Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang oleh Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.
Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.
Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu di sini, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.
Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35' 55' dan 60', Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'), Norazlin Sumantri empat gol (12', 21', 25', 60').
Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55').
Lima gol lain masing-masing menerusi Norashikin Halim pada minit ke-46, Nurul Nabila Mansur (23'), Raja Norsharina Raja Shabuddin (18'), Surizan Awang Noh (52') dan Siti Nuramira Rohani melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-70.
Pasukan negara turut menerima satu gol menerusi jaringan sendiri pemain Kemboja.
Jurulatih negara Mohd Nasihin Nublin Ibrahim berkata kemenangan besar skuad negara itu merupakan satu kejutan dan pemanas badan sebelum menentang Singapura, Thailand dan Indonesia pada perlawanan seterusnya.
"Saya tahu skuad akan menang tetapi tidak menjangka dengan kemenangan sebesar ini...mereka perlu mengekalkan permainan yang mudah dan pantas pada perlawanan seterusnya nanti," katanya.
Selepas ini skuad negara, selaku juara bertahan akan menentang Singapura pada Isnin ini kemudian Thailand, pada hari berikutnya dan melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang Indonesia, Khamis ini.
Bernama
Sat Dec 14 2013
Skuad hoki wanita negara mencipta rekod dunia dengan menjaringkan gol sebanyak 36-0 dalam pertemuan dengan Kemboja pada perlawanan pusingan awal Temasya Sukan Sea ke-27. -- fotoBERNAMA
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
36-0: Skuad hoki wanita Malaysia cipta rekod dunia di Sukan SEA
Malaysia mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 Sabtu.