3 gol terpantas dalam Liga Perdana Inggeris

Ian Johan Ariff
Februari 1, 2018 10:32 MYT
Christian Eriksen menjaringkan gol dalam tempoh 11 saat, namun ia bukan yang terpantas dalam sejarah liga Inggeris. - Foto REUTERS.
CHRISTIAN Eriksen menjaringkan gol ketiga terpantas dalam Liga Perdana Inggeris untuk membantu Tottenham Hotspur menewaskan Manchester United 2-0.
Barisan pertahanan United tergamam apabila Eriksen menyudahkan hantaran cantik Dele Alli dalam kawasan gol United hanya sebelas saat selepas sepak mula dalam perlawanan di Stadium Wembley.

Dalam perlawanan itu Tottenham menang 2-0 ke atas United dengan satu lagi gol dijaringkan pemain the Red Devils sendiri, Phil Jones.
Berikut tiga lagi gol terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.
1. 10 saat
Rekod jaringan gol terpantas masih dipegang Ledley King untuk Tottenham, sepuluh saat selepas sepak mula (9.7 saat) pada tahun 2000 ketika menentang Bradford.
King adalah seorang pemain pertahanan namun bermain di bahagian tengah ketika perlawanan menentang Bradford pada 9 Disember 2000, dan ternyata bekas pemain Spurs itu gembira rekod gol terpantas yang dicatatnya masih belum dipecah.
Ia dapat disaksikan menerusi muat naik di akaun Twitter miliknya selepas Eriksen menjaringkan gol tersebut.

AND STILL....... pic.twitter.com/0sc2OyJDkx

— Ledley King (@LedleyKing) January 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2. 10 saat
Alan Shearer juga berjaya menjaringkan sepuluh saat selepas sepak mula permainan (10.4 saat) untuk Newcastle United dalam perlawanan menentang Manchester City pada tahun 2003.
3. 11 saat
Mark Viduka berjaya menjaringkan gol untuk Leeds United dalam tempoh 11 saat, bermula dengan hantaran jauh Ian Harte kepada Alan Smith pada tahun 2001 menentang Charlton.
#Alan Shearer #Alan Smith #Christian Eriksen #Dele Alli #Ian Harte #Ledley King #Leeds United #Manchester City #Manchester United #Mark Viduka #Newcastle United #Phil Jones #Red Devils #Tottenham Hotspur #Wembley
;