29 atlet sah wakili Malaysia di Sukan Paralimpik Paris

Bernama
Julai 20, 2024 16:20 MYT
Megat D Shahriman berkata keputusan itu disahkan selepas jawatankuasa pemilihan MPM bermesyuarat hari ini, bagi mengesahkan senarai akhir atlet yang akan mewakili negara.
KUALA LUMPUR: Sejumlah 29 atlet iaitu yang paling ramai, disahkan akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 dari 28 Ogos hingga 8 Sept kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Beliau berkata seorang lagi iaitu atlet sukan tenis kerusi roda, juga berkemungkinan akan menyertai temasya sukan empat tahun sekali itu.
Megat D Shahriman berkata keputusan itu disahkan selepas jawatankuasa pemilihan MPM bermesyuarat hari ini, bagi mengesahkan senarai akhir atlet yang akan mewakili negara.
"Proses pemilihan ini satu prosedur wajib seperti dinyatakan dalam Perlembagaan MPM dan seperti garis panduan dikeluarkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam pemilihan atlet untuk mengambil bahagian di Paris 2024.
"Atlet yang layak bermakna layak dengan nama, kedudukan dan dwipihak. Setiap sukan mempunyai kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Antarabangsa yang mengawal selia sukan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jawatankuasa pemilihan diketuai Megat D Shahriman dan dibantu pegawai kanan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), wakil persatuan kebangsan berkaitan dan Chef de Mission Datuk Subramaniam Raman Nair.
Megat D Shahriman berkata mengenai atlet tenis kerusi roda itu, penyertaannya kini masih menunggu kelulusan IPC yang dijangka membuat keputusan pada 2 Ogos.
Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebanyak 22 atlet Malaysia menyertai sembilan jenis sukan.
Senarai atlet paralimpik yang akan mewakili Malaysia di Paris:
Olahraga
1. Datuk Abdul Latif Romly- lompat jauh
2. Muhammad Nazmi Nasri- lompat jauh
3. Jonathon Wong Kar Gee- lompat jauh
4. Muhammad Ziyad Zolkefli- lontar peluru
5. Eddy Bernard- 100 meter (m)
6. Muhammad Ammar Aiman Bin Nor Azmi- 400m
Berbasikal
10. Nurul Suhada Zainal- pilot
11. Nur Suraiya Binti Muhamad Zamri- lebuh raya & trek
12. Farina Shawati Binti Mohd Adnan- pilot
Badminton
13. Cheah Liek Hou- perseorangan
14. Mhd Amin Burhanuddin- perseorangan
15. Muhammad Fareez Anuar- perseorangan
16. Muhammad Ikhwan Ramli- beregu WC
17. Noor Azwan Noorlan- beregu WC
Memanah
18. Suresh Selvatamby- recurve
19. Nur Jannaton Abdul Jalil- compound
20. Daneshen Govinda Rajan- compound
Boccia
23. Lee Chee Hoong BC2 - perseorangan
Powerlifting
24. Bonnie Bunyau Gustin- sehingga 72 kilogram (kg)
25. Nicodemus Manggoi Moses- sehingga 97kg
26. Jong Yee Kee- sehingga 107kg
Tenis Kerusi Roda
28. Abu Samah Borhan- beregu (masih menunggu pengesahan)
Renang
29. Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan- 100m
30. Muhammad Nur Syaiful Zulkafli- 50 / 100 / 200 / 100m
-- BERNAMA
#Sukan Paralimpik Paris 2024 #MPM #Megat D Shahriman #senarai atlet