22 atlet galas cabaran Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo

Bernama
Ogos 9, 2021 08:24 MYT
Megat D Shahriman berkata kesemua atlet tersebut akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 22 atlet termasuk empat alet wanita akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo pada 24 Ogos hingga 5 Sept ini.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata kesemua atlet tersebut akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat.
Dalam kenyataan hari ini, beliau, selaku ketua kontinjen negara ke temasya itu, berkata semua pihak yang terlibat dengan persiapan kontinjen negara sedang memantau semua protokol berhubung prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 menjelang termasya sukan itu.
Sebagai rekod, Malaysia mengambil bahagian pada Sukan Paralimpik sejak 1972 dan telah mengumpul 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.
Atlet Negara Ke Sukan Paralimpik Tokyo.
Olahraga: Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin
Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal
Renang: Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga
Memanah: S. Suresh; Wiro Julin
Badminton: Cheah Liek Hou; Didin Terasoh
Boccia: Chew Wei Lun
Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie
Ping Pong: Chee Chaoming
Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan.
-- BERNAMA
#badminton #COVID-19 #SOP #Sukan Olimpik #Paralimpik #MPM