KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan memecahkan rekod kebangsaan dan peribadinya di kolam renang, perenang muda negara Khiew Hoe Yean mahu terus cemerlang pada tahun 2022 dalam sukan dan pelajarannya.
Selain berlatih dengan lebih keras di kolam untuk beberapa kejohanan utama pada 2022, Hoe Yean yang akan berusia 20 tahun pada September, juga bersedia untuk memulakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Perkomputeran di Universiti UCSI.
Walaupun terpaksa berdepan dengan pelajaran dan kolam dalam masa yang sama, pemegang rekod kebangsaan acara renang 200 meter (m) kuak lentang dan 800m gaya bebas, berhasrat meneruskan usaha memecahkan lagi rekodnya dengan memperbaiki lagi catatan masanya, dengan penyertaan di Olimpik Paris 2024 kekal menjadi sasaran utamanya.
"Saya akan meneruskan kerja keras saya di kolam bagi pencapaian lebih baik tahun ini. Saya mahu terus memperbaiki catatan masa saya, bagi memperbaiki catatan masa terbaik saya sendiri.
"Paris 2024 adalah sasaran utama saya kerana dia temasya dunia yang semua orang tahu dan iktiraf. Jadi saya berharap dapat lakukan yang terbaik dalam semua kejohanan akan datang dan akan menyiapkan diri untuk cabaran itu," katanya kepada Bernama.
Mengenai temasya sukan SEA, Asia dan Komanwel yang dijadualkan tahun ini, Hoe Yean yang menang dua pingat perak di Terbuka AS baru-baru ini, berharap akan dapat memberikan yang terbaik jika beliau layak, walaupun akan berhadapan dengan ramai perenang berpengalaman dari seluruh rantau ini.
"Sukan-sukan ini adalah suatu temasya yang besar. Saya akan lakukan yang terbaik dan lihat apa yang berlaku kerana ramai peserta yang berlatih sama seperti saya, dan saya tidak akan memandang rendah sesiapa sahaja yang bertanding dalam sukan itu," katanya.
Hoe Yean mula mendapat perhatian selepas merangkul lapan pingat emas pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Malaysia pada Mac 2020, sebelum menjadi meneruskan kecemerlangannya semasa Terbuka Malaysia ke-63, Jun tahun lalu, walaupun tertangguh beberapa bulan kerana pandemik COVID-19.
Beliau yang berenang sendirian memecahkan rekod kebangsaan 200m kuak lentang berusia 23 tahun dengan mencatat masa 2:00.80s sekali gus memadam rekod 2:00.94 dicatatkan Alex Lim Keng Liat, dan kemudiannya memecahkan rekod 800m gaya bebas selepas mencatat masa 8:06.00s untuk memadamkan rekod catatan perenang Olimpik negara Welson Sim 8:09.77s.
"Saya berpuas hati dengan keputusan yang saya catatkan pada 2021, kerana saya telah mengatasi situasi paling sukar iaitu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang menyebabkan kita tidak dapat turun ke kolam. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya Chris Martin, serta keluarga dan rakan saya yang sentiasa menyokong saya," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
![2022: Hoe Yean mahu cemerlang di kolam renang dan pelajarannya 2022: Hoe Yean mahu cemerlang di kolam renang dan pelajarannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641122220_SteveKhiewHoeYean.jpg)
"Saya akan meneruskan kerja keras saya di kolam bagi pencapaian lebih baik tahun ini. Saya mahu terus memperbaiki catatan masa saya, bagi memperbaiki catatan masa terbaik saya sendiri." - Bernama
RWMF labuh tirai, catat rekod baharu 26,000 pengunjung
Abdul Karim berkata, hasil kutipan jualan tiket juga meningkat 47 peratus.
Melaka, Indonesia cadang pelayaran dapat pengiktirafan UNESCO
Melaka akan bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia bagi membolehkan pelayaran 'Muhibah Budaya Jalur Rempah' mendapat pengiktirafan UNESCO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
![NSFC sahkan pemain import diragut NSFC sahkan pemain import diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719763779_NegeriSembilanFoot.jpg)
NSFC sahkan pemain import diragut
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.
Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan pendidik mengalami keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Jambatan 'mega' China-Hong Kong mula dibuka
Projek mega merentas laut itu dijangka memendekkan perjalanan antara Shenzhen dan Zhongshan daripada dua jam kepada 30 minit.
![Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719762287_shenzhenzhongshanb.jpg)
Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas
Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.
Jepun lancar wang kertas baharu guna holografi canggih
Menurut kerajaan, hampir 7.5 bilion wang kertas baharu akan dicetak menjelang akhir Mac tahun depan manakala wang kertas sedia ada akan tetap sah walaupun selepas wang kertas baharu diperkenalkan.
Rishi Sunak sifatkan demokrasi UK paling berjaya
Sunak merujuk kepada komen yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan, yang dibuat penyokong Parti Reform UK yang beraliran kanan, Nigel Farage.
'Freedom Edge' ibarat cipta NATO versi Asia
Korea Utara menyifatkan latihan ketenteraan antara tiga negara - Jepun, Amerika Syarikat dan seteru terdekatnya, Korea Selatan bagaikan mencipta NATO versi Asia.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
![Kejohanan Akuatik Dunia Doha: Hoe Yean gagal ke final Kejohanan Akuatik Dunia Doha: Hoe Yean gagal ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683839733_KhiewHoeYean.jpg)
Kejohanan Akuatik Dunia Doha: Hoe Yean gagal ke final
Hoe Yean menduduki tempat ke-21 daripada 56 perenang.
![Beraksi di saingan akhir pada Sukan Asia sulung jadi impian Hoe Yean Beraksi di saingan akhir pada Sukan Asia sulung jadi impian Hoe Yean](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695017610_Perenangnegara.jpg)
Beraksi di saingan akhir pada Sukan Asia sulung jadi impian Hoe Yean
Jaguh renang negara Khiew Hoe Yean sasar untuk beraksi sekurang-kurangnya pada saingan akhir Sukan Asia sulungnya di Hangzhou.
![Sukan SEA: Hoe Yean terlepas peluang rangkul emas kedua Sukan SEA: Hoe Yean terlepas peluang rangkul emas kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683839733_KhiewHoeYean.jpg)
Sukan SEA: Hoe Yean terlepas peluang rangkul emas kedua
Hoe Yean perlu berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat masa tiga minit 50.39 saat di belakang perenang Vietnam, Nguyen Huy Hoang.
![Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683646909_KhiewHoeYean.jpg)
Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara
Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s).
![Sukan Komanwel: 'Saya tidak biasa dengan keadaan ini' - Hoe Yen Sukan Komanwel: 'Saya tidak biasa dengan keadaan ini' - Hoe Yen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71659146310_KhiewHoeYean.jpg)
Sukan Komanwel: 'Saya tidak biasa dengan keadaan ini' - Hoe Yen
Atlet berusia 19 tahun itu juga kecewa kerana gagal memperbaharui rekod kebangsaan 3:48.72s.
![Sukan SEA: Hoe Yean hadiahkan dua perak, hampir raih emas Sukan SEA: Hoe Yean hadiahkan dua perak, hampir raih emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652720783_KhiewHoeYean.jpg)
Sukan SEA: Hoe Yean hadiahkan dua perak, hampir raih emas
Skuad renang kebangsaan akhirnya berjaya menuai pingat pada temasya Sukan SEA ke-31.
![Hoe Yean tewaskan Welson, layak secara merit ke Hanoi Hoe Yean tewaskan Welson, layak secara merit ke Hanoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641122220_SteveKhiewHoeYean.jpg)
Hoe Yean tewaskan Welson, layak secara merit ke Hanoi
Hoe Yean mengesahkan slot ke Vietnam selepas mencatat masa 3:50:56s, mengatasi catatan 3:52.65s ditetapkan Persatuan Renang Malaysia.
![Terbuka Malaysia ke-63: Satu lagi rekod dipecahkan Hoe Yean Terbuka Malaysia ke-63: Satu lagi rekod dipecahkan Hoe Yean](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623602618_HoeYeanpecahrek.jpg)
Terbuka Malaysia ke-63: Satu lagi rekod dipecahkan Hoe Yean
Peserta tunggal itu mencatatkan masa lapan minit dan 06.00 saat untuk memadamkan rekod wakil Olimpik negara Welson Sim pada Februari 2019.
![Renang: Hoe Yean pecahkan rekod 23 tahun Renang: Hoe Yean pecahkan rekod 23 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623513999_HoeYeanpecahrek.jpg)
Renang: Hoe Yean pecahkan rekod 23 tahun
Catatan masa itu juga membolehkan perenang itu mencatakan masa melepasi Masa Pemilihan Olimpik (OST) 2:01:03s.
![Renang Terbuka Malaysia: Hoe Yean cetus peluang lebih besar tempah tiket Renang Terbuka Malaysia: Hoe Yean cetus peluang lebih besar tempah tiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623445567_PerenangmudaKhiew.jpg)
Renang Terbuka Malaysia: Hoe Yean cetus peluang lebih besar tempah tiket
Lebih manis, dia menewaskan pemegang rekod kebangsaan, Welson Sim, yang mewakili Sarawak terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.