200 pelayar sertai Regata Perdana 2013

Bernama
Disember 27, 2012 17:43 MYT
Seramai 200 pelayar dari dalam dan luar negara dijangka menyertai kejohanan Regata Perdana 2013 yang akan diadakan di Langkawi selama lima hari bermula 23 Januari.
Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah, Mohd Afendy Abdullah berkata setakat ini peserta Belgium, Hong Kong, India, Myanmar, Singapura dan Thailand mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan anjuran Persatuan Perahu Layar Kedah itu.
"Saya yakin banyak lagi peserta negara luar akan mengesahkan penyertaan mereka menjelang tarikh kejohanan bermula, katanya pada Khamis.
Mohd Afendy yang juga Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) berkata pasukan tempatan disertai pasukan elit negara, pelapis kebangsaan serta persatuan pelayar-pelayar negeri dan kelab dari seluruh negara.
Katanya 35 pelayar dari pasukan elit dan pelapis kebangsaan kini sedang menjalani latihan di Langkawi.
#Elit Negara #kejohanan #Kejohanan Regata Perdana #Mohd Afendy Abdullah #pelayar
;