15 sebab mengapa Ultras Malaya 'naik angin'

Madiha Abdullah
September 9, 2015 07:12 MYT
Beberapa akaun di Facebook menyenaraikan sebab yang selama ini dilihat menjadi isu besar dalam bola sepak tempatan. -Gambar fail
Bukan hanya kerana kekalahan memalukan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu, tetapi tindakan Ultras Malaya 'mengamuk' di Stadium Shah Alam pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia peringkat Asia antara Malaysia menentang Arab Saudi semalam berpunca daripada banyak sebab.
Beberapa laman Facebook sejak beberapa hari lepas, termasuk laman rasmi Ultras Malaya sendiri, menyenaraikan beberapa sebab yang selama ini dilihat menjadi isu besar dalam bola sepak tempatan.
Sebab-sebab yang diberikan dilihat lebih banyak berkaitan dengan sistem pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Antara sebab utama yang mendapat reaksi daripada netizen termasuk:
1. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah 35 tahun yang lepas.

Harimau Malaya cuma pernah layak ke Sukan Olimpik 1972 , piala dunia setakat ni takde.

— syareez (@syareez) October 30, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2. Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah 35 tahun yang lepas.
3. Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.
4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.
5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 12 kali, sekali gus menduduki tempat tercorot kumpulan.

2007 - Skuad Harimau Malaya ketika kejohanan Piala Asia 2007. Ketika itu Malaysia tuan rumah kejohanan tersebut. pic.twitter.com/wRA9xjaHAQ

— Max Rockatansky (@alif_idham52) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
6. Pada Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan satu gol namun dibolosi 17 kali, sekali gus terperosok di dasar kumpulan kelayakan, di bawah Timor-Leste.
7. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

Kenapa #HarimauMalaya tidak ke Piala Dunia? Timur Leste pun tak boleh makan, beroo

— Mohd Nazmi Hassan (@NazmiBHassan) June 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Ranking Malaysia telah menjunam ke kedudukan ke-33 Asia.

Harimau Malaya ranking 33 dinegara Asia. Dunia apatah lg jauh di tangga 164 dunia.

— WaKapik (@ApikDamiens) April 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia, namun kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan terburuk iaitu ke-169 dunia.
10. Ranking Malaysia kini berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.
11. Ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.
12. Liga bola sepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.
13. Tindakan FAM menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk tiga hari perlawanan dalam tempoh singkat tujuh hari, untuk membenarkan perlawanan menentang kelab-kelab luar.

Pelik aku ngan malaysia ni . Time bulan puasa dh start Liga Super . Bpl pon lambat lagi nak start . Haih. /p>— N. (@AliAskariii) June 23, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
14. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM didakwa tidak pernah membentangkan penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.
15. Dan terbaharu, kekalahan terburuk Malaysia dalam sejarah bola sepak negara, iaitu 0-10 kepada UAE minggu lalu.

Malaysia lost 0-10 to the UAE last night, the worst ever defeat in football ever for the country. #HarimauMalaya pic.twitter.com/vkFAJ6gaKW

— Jahabar Sadiq (@jsadiq) September 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sumber (14) petikan dari http://malaysiagazette.com/ms/sukan/tmj-persoal-mengapa-penyata-kewangan-fam-tidak-dibentang
BACA: Amukan Ultras Malaya: Guna saluran betul? Saluran yang mana lagi?
GALERI FOTO: Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia-Arab Saudi tercemar
#FAM #harimau Malaya #naik angin #Persatuan Bola Sepak Malaysia #Ultras Malaya