15 cedera akibat kemalangan perlumbaan NASCAR
AFP
Februari 24, 2013 12:05 MYT
Februari 24, 2013 12:05 MYT
Satu kemalangan di awal permulaan perlumbaan NASCAR Nationwide Series menyebabkan 15 orang cedera dan kereta pelumba Kyle Larson melayang.
Insiden dipercayai berlaku semasa seorang lagi pelumba, Tony Stewart hampir sampai garisan penamat sebelum dilanggar kereta pesaing di belakangnya.
Kereta Larson melayang dan melanggar pagar trek sehingga mengakibatkan enjin kereta tersebut tercabut, dan serpihan telah mencederakan penonton.
Mengikut laporan ESPN, polis berkata 15 peminat cedera, dengan seorang dikatakan dalam keadaan kritikal.
"Doa dan harapan kami bersama dengan mereka yang cedera,” kata presiden NASCAR Mike Helton.