10 pemanas badan sebelum sepak mula Euro 2016

Astro Arena
Jun 10, 2016 09:12 MYT
Gareth Bale sandaran utama Wales
Kehangatan kejohanan bola sepak terbesar Eropah kian dirasai.
Kami saji 10 perkara menarik sebagai pemanas badan untuk anda nikmati sebelum sepak mula awal pagi esok:

1. Sebagai penyandang gelaran Piala Dunia, Jerman menampilkan skuad termuda dengan purata usia 25 tahun 296 hari.

2. Dalam pusingan kelayakan, Sepanyol bermula goyah namun bangkit dengan rekod baru.
Skuad bimbingan Vicente del Bosque itu menang lapan perlawanan tanpa dibolosi.

3. Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo bakal menempa sejarah baru sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat edisi Euro andai berjaya merekodkan jaringan di Perancis.

4. Ronaldo yang kini mempunyai koleksi lapan gol Euro turut mengintai rekod sembilan gol yang dikumpul bintang Perancis, Michel Platini.

5. Ketika membuat kemunculan pertama Euro 2008 sebagai tuan rumah bersama Switzerland, Austria berada di ranking ke-105, namun pada hari ini menghuni kedudukan pasukan ke-10 terbaik dunia.

6. England adalah pasukan tunggal Eropah yang memenangi Piala Dunia, tetapi belum pernah meraikan kejayaan Euro.

7. Turki mempamerkan rekod peningkatan setiap kali layak ke Euro.
Pada 1996, kempen berakhir di peringkat kumpulan, sebelum mara ke suku pada 2000 dan separuh akhir 2008.

8. Romania akan menentang pasukan tuan rumah, Perancis dalam aksi pembukaan.
Namun rekod Euro kurang memihak kepada mereka dalam 13 aksi yang menyaksikan mereka hanya menang sekali iaitu ketika menewaskan England pada 2000 selepas dikurniakan sepakan penalti pada penghujung permainan.

9. Tiga pemain mempunyai rekod mencipta peluang gol terbanyak sebanyak proses kelayakan iaitu, Vladimir Weiss (Slovakia), Arkadiusz Milik (Poland) dan Eran Zahavi (Israel) dengan masing-masing enam peluang gol.

10. Gareth Bale cukup penting buat Wales.
Bintang Real Madrid itu menjaringkan 64 peratus daripada 11 gol dalam aksi kelayakan mereka. 11 daripada 19 gol Sweden dalam pusingan kelayakan adalah menerusi Zlatan Ibrahimovic sejak dia melakukan penampilan pertama pada 2004.
#Euro 2016 #euro2016 #Top 10