Zaki Yamani mohon maaf kepada Hadi Awang

Sinar Harian
Julai 3, 2023 12:03 MYT
Pengguna Twitter, Zaki Yamani menulis permohonan maaf terbuka kepada isteri dan keluarga Abdul Hadi. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Individu yang tular dengan ciapan biadab mendoakan kematian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, tampil membuat permohonan maaf.
Pengguna Twitter, Zaki Yamani menulis permohonan maaf terbuka kepada isteri dan keluarga Abdul Hadi.
“Mengambil perhatian ciapan PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini menggores perasaan,” katanya menerusi ciapan pada Isnin.
Shamsul Iskandar nafi ada kaitan dengan ciapan Hadi Awang
BACA: Kesal kenyataan biadab di Twitter, PM Anwar arah Zaki Yamani mohon maaf
BACA: Setiausaha Politik PM nafi dakwaan ada kaitan dengan Zaki Yamani
Pada Sabtu, Zaki menulis ciapan biadab terhadap kesihatan Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad, kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial berkongsi ciapan berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merosot dan sedang dirawat di hospital.
Dalam sebuah ciapan di Twitter, Anwar menggesa pengguna berkenaan, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu. - Sinar Harian
#Zaki Yamani #mohon maaf #Abdul Hadi Awang #Anwar Ibrahim
;