Zaid jangan buat rumusan sendiri isu Nurul Izzah - Khairuddin

Astro Awani
Mac 27, 2019 20:55 MYT
KHAIRUDDIN: Sekiranya Zaid tidak faham isu, saya secara ikhlas ingin sarankannya untuk duduk diam-diam. - fotoBERNAMA
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dinasihat tidak membuat rumusan tersendiri dalam isu melibatkan kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, Zaid perlu menjelaskan pihak mana yang dikatakan menjadi penghalang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seperti dinyatakannya.
“Orang cakap pasal isu lain dan dia buat rumusan yang lain. Kita hanya menasihat Nurul Izzah selaku salah seorang anggota Parlimen Kerajaan masa kini agar membuat teguran melalui saluran yang betul. Bukan mengutuk serta ‘tikam belakang’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di luar negara.
“Anwar sendiri pernah menegur Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menggunakan saluran dalaman yang betul seandainya hendak membuat teguran.
BACA: Kalau Tun Mahathir 'diktator', bagaimana pula dengan 10 pemimpin ini?
BACA: Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Nurul Izzah
“Ini yang kita sedang nasihati Nurul Izzah agar mengambil pendekatan yang sama untuk membuat sebarang bentuk teguran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
BACA: Kenyataan Nurul Izzah beri kesan negatif kepada PH - Khairuddin
BACA: Nurul Izzah letak jawatan bukan perkara baharu - Zuraida
Terdahulu, Zaid menasihatkan Nurul Izzah terus berani agar sebarang usaha menghalang langkah bapanya, tidak tercapai.
Kata Zaid, Nurul Izzah juga perlu terus bergembira dan berani.

Nurul cheer up and continue to be bold! All their effort to stop your dads ascent will not succeed

— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) March 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu kata Khairuddin, tidak ada pihak yang cuba hendak menghalang Anwar untuk menjawat jawatan perdana menteri di masa hadapan.
“Bagi saya Zaid sudah tidak relevan lagi dalam politik. Dia pun hanya pandai bercakap tetapi bukan boleh buat kerja. Cakap sahaja lebih.
“Hari ini cakap lain dan esok boleh bernada lain pula. Orang cakap lain, dia pula buat rumusan lain. Pemikiran Zaid amat cetek sejak kebelakangan ini.
“Sekiranya dia tidak faham isu, saya secara ikhlas ingin sarankan Zaid untuk duduk diam-diam,” ujarnya.
Sesungguhnya kata Khairuddin, Zaid adalah kalangan yang kecewa dalam arena politik muthakhir ini.
umaat lalu, Nurul Izzah dalam wawancara bersama dengan akhbar Singapura, The Straits Times menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Susulan itu beliau dikecam pelbagai pihak termasuk kepimpinan PKR yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar.
#Anwar Ibrahim #Azmin Ali #letak jawatan #Mahathir Mohamad #menteri #Nurul Izzah #Pakatan Harapan #Permatang Pauh #Singapura #Zaid Ibrahim
;