Zahid sah bertanding Presiden UMNO

Hafiz Marzukhi
Jun 2, 2018 08:35 MYT
Ahmad Zahid bakal bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti. -Gambar fail
Pemangku tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti.
Perkara ini disahkan Setiausaha Akhbar beliau Mejar Jeneral Datuk Fadzlette Othman Merican ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
“Beliau akan bertanding jawatan Presiden dan telah hantar borang pencalonan untuk bertanding semalam,” katanya.
Pemilihan UMNO kali ini melibatkan semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden akan dipertandingkan
Selain itu, pendaftaran pencalonan bagi semua jawatan boleh dibuat secara dalam talian.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum membuat apa-apa pengumuman rasmi tentang jawatan yang bakal ditandingi.
#parti #Pemilihan UMNO #Presiden UMNO #UMNO #Zahid Hamidi