Zahid, Nazri hadir Mesyuarat Khas UMNO Perak

Harits Asyraf Hasnan
Disember 5, 2020 12:22 MYT
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba sekitar jam 8.12 malam di Bangunan UMNO Perak. - Astro AWANI
IPOH: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba sekitar jam 8.12 malam di Bangunan UMNO Perak di sini bagi menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Negeri Perak.
Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad dijadual bermula jam 9 malam.
BACA: LAPOR LANGSUNG: ''Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan
jTurut hadir bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz; Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman serta kepimpinan UMNO Negeri Perak.
#Perhubungan UMNO Perak #UMNO Perak #politik perak #Zahid Hamidi #Faizal Azumu #Nazri Aziz #MB Perak