Zahid Hamidi setuju dengan Dr Akmal, UMNO mahu dua pertiga kerusi pada PRU16

Ridauddin Daud
Ogos 23, 2024 11:50 MYT
UMNO perlu terus dinamik kerana berdasarkan senario semasa, 222 kawasan Parlimen kini diwakili oleh hampir seimbang antara parti-parti utama, kata Ahmad Zahid. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut cadangan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mahu parti itu mendapat dua pertiga kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Ringkasan AI
  • Simplify this article, in Bahasa Melayu, into 3 short main points - Presiden UMNO menyambut cadangan Ketua Pemuda parti itu, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mahu parti itu mendapat dua pertiga kerusi dalam pilihan raya akan datang. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak berpuas hati dengan jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras. -Itu cadangan Pemuda tapi kerja kena lebih kuat Akmal. Saya yakin Pemuda akan kerja lebih kuat. Say ayakin PUteri juga akan kerja lebih kuat. T -idak dinafikan, yang bekerja paling kuat ialah Wanita UMNO. Kawan-kawan Ketua Bahagian pun begitu juga, Ahli Majlis Tertinggi pun begitu juga. -Kedua, kita membuka pilihan untuk bekerjasama dengan jajaran politik dengan sesiapa saja. Saya ulangi, sesiapa sahaja...yang menerima keindukan Islam dan Melayu sebagai teras,- katanya. Tegas beliau, UMNO perlu terus dinamik kerana berdasarkan senario semasa, 222 kawasan Parlimen kini diwakili oleh hampir seimbang antara parti-parti utama. Malah, kedudukan sekarang kesemua parti memiliki antara 30 hingga 40 kerusi di Parlimen. -Keadaan ini turut menjadikan amalan demokrasi di Malaysia perlu kepada satu kematangan. -Ini kerana tiada satu parti atau gabungan menguasai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. -Malah terdapat beberapa kajian dan dapatan menjangkakan, keadaan yang sama akan berlaku pasca PRU Ke-16 yang akan datang,- katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur pada Jumaat. -ENDS-

Menurut Presiden UMNO itu, beliau tidak berpuas hati dengan jumlah kerusi yang ada sekarang namun menegaskan, sekiranya mahu dua pertiga, UMNO perlu bekerja lebih keras.
“Itu cadangan Pemuda tapi kerja kena lebih kuat Akmal. Saya yakin Pemuda akan kerja lebih kuat. Saya yakin Puteri juga akan kerja lebih kuat.
“Tidak dinafikan, yang bekerja paling kuat ialah Wanita UMNO. Kawan-kawan Ketua Bahagian pun begitu juga, Ahli Majlis Tertinggi pun begitu juga.
“Kedua, kita membuka pilihan untuk bekerjasama dengan jajaran politik dengan sesiapa saja. Saya ulangi, sesiapa sahaja... yang menerima keindukan Islam dan Melayu sebagai teras,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, pada Jumaat..
Tegas beliau, UMNO perlu terus dinamik kerana berdasarkan senario semasa, 222 kawasan Parlimen kini diwakili oleh hampir seimbang antara parti-parti utama.
Malah, kedudukan sekarang kesemua parti memiliki antara 30 hingga 40 kerusi di Parlimen.
“Keadaan ini turut menjadikan amalan demokrasi di Malaysia perlu kepada satu kematangan.
“Ini kerana tiada satu parti atau gabungan menguasai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
“Malah terdapat beberapa kajian dan dapatan menjangkakan, keadaan yang sama akan berlaku pasca PRU Ke-16 yang akan datang,” katanya.
#UMNO #Zahid Hamidi #pilihan raya #PRU #Pemuda UMNO #dua pertiga