Zahid 'did the right thing', kata Khairy
Astro Awani
Disember 18, 2018 22:58 MYT
Disember 18, 2018 22:58 MYT
Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada timbalannya untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO, sebagai tindakan yang tepat.
Melalui laman Twitter rasmi beliau, Ahli Parlimen Rembau itu berkata Ahmad Zahid telah melakukan perkara yang betul dengan berbuat demikian.
"(Zahid) lakukan perkara yang betul. Terima kasih," katanya dalam catatan tersebut.
Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta.
Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu "UMNO bangkit'.
Khairy sebelum ini pernah mendesak Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur, ekoran semakin ramai Ahli Parlimen mereka bertindak meninggalkan parti itu.
Selain itu, beliau turut menggesa agar pemilihan parti baharu diadakan secepat mungkin.