Wujudkan 'parti' orang muda? Ini jawab Rafizi

Astro Awani
Disember 19, 2018 14:14 MYT
Meredakan spekulasi itu, Rafizi memuat naik status di Twitter miliknya menafikan mereka bertiga bercadang untuk lompat mahupun tubuh parti baharu. - Foto Instagram/@khairykj
KECOH di media sosial apabila beberapa gambar Khairy Jamaluddin (KJ), Nurul Izzah Anwar serta Rafizi Ramli tular di media sosial.
Pelbagai spekulasi timbul menjadi bualan bukan sahaja dalam kalangan netizen, malah kalangan pemimpin politik.
Meredakan spekulasi itu, Rafizi memuat naik status di Twitter miliknya menafikan mereka bertiga bercadang untuk melompat mahupun menubuhkan parti baharu.

Terima kasih @bharianmy buat liputan saya, @n_izzah & @Khairykj makan tengahari.https://t.co/lG8PAFoAoj Langsung tak bincang lompat ka, buat parti ka. KJ ajar saya mcm mana nak pakai filter Insta. Izzah bg tips sekolah anak. Saya bg tips mcm mana nak gemuk.

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan sebuah portal berita yang melaporkan bahawa wujud kemungkinan untuk mereka bertiga menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda.
#gerakan pemimpi muda #Khairy Jamaluddin #Nurul Izzah #Nurul Izzah Anwar #politik #Rafizi Ramli
;